Sajak 21: Awak Teguk Zamzam, Sejuk Menyulur Diam
Calon Penghuni Kumpulan Sajak: Awak Thawaf, di Rumah-Mu
Sajak 21: Awak Teguk Zamzam, Sejuk Menyulur Diam
Ahmad David Kholilurrahman
Dari arah Marwah
Yang mengarus cinta
Dari arah Safa
Yang mengelus airmata
Awak hantar isyarat hangat kecup
Paling kuncup
Pada al-Hajr al-Aswad
Yang menyerucup
Sungkup
Tangkup
Jatuh airmata menganak sungai
Jadi ngarai
Jadi lembah
Jadi lurah
Jadi muara
Jadi laut samudera
Awak teguk zamzam, sejuk menyulur diam
Menghangat gigil kalbu
Yang memburu rindu
Paling malu,
Yang membiru sendu
Paling haru,
Alhamdulillah
Bermuka-muka
Awak menadah
Paling taubah
Subhanallah
Bersuka-suka
Awak meramah
Paling talbiyah
Labbaikallahuma Labbaik
Labbaika Laa Syariika Laka Labbaik
Inna-alhamda, wan Ni’mata Laka wal Mulk
Laa Syariika Laka
Cairo, 2 Januari 2010
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home