Sajak 15: Awak Nak Memungut Jejak Bunda Hajar, Antara Safa dan Marwah
Calon Penghuni Kumpulan Sajak: Awak Thawaf, di Rumah-Mu
Sajak 15: Awak Nak Memungut Jejak Bunda Hajar, Antara Safa dan Marwah
Ahmad David Kholilurrahman
Dan jejak-jejak mulia tumpah
Antara Safa-Marwah,
Sekurung pegunungan Faaran,
Bilad al-Amin yang memekar cinta
Anak-istri Abul Anbiya’
Di lembah tandus tanpa tetumbuhan
Haus-dahaga menempa ramah
Seramah Baitullah
Yang dibina kekasih Allah
Bapak dan anak
“Adakah ini perintah Tuhan-Mu?” Tanya Bunda Hajar
Kala Ibrahim tinggalkan istri dan anak
Di lembah Bakkah, pegunungan Faaran
Kaki-kaki kecil Ismail
Menangis meronta-ronta
Hentakkan tanah bebatuan
Bunda Hajar berlarian kecil
Dari safa tertuju marwah
Dari marwah tertuju safa
Memancar terbit mataair zam-zam
Serupa mata bunda yang berazam
Merendam
Gumam doa
Paling diam
Paling dalam
Paling malam
Kasih Ibu sepanjang masa
Yang tak surut airmata
Yang tak luput cinta
Yang tak kalut muka
Yang tak hanyut lupa
Awak nak memungut,
Jejak bunda Hajar
Antara Safa-Marwah
Cairo, 26 Desember 2009
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home