Sajak 8: Awak Sakit, Membilang-bilang Nama-Mu
Calon Penghuni Buku Kumpulan Sajak: Awak Thawaf, di Rumah-Mu
Sajak 8: Awak Sakit, Membilang-bilang Nama-Mu
Ahmad David Kholilurrahman
Pada ujung lidah sepahit rasa,
Awak membilang-bilang Asma-ul Husna
Yang lebih sembilan puluh sembilan
Secangkir perasaan perasan limau panas,
Menetal lidah yang resah cemas,
Aduhai nikmat sehat sebalik sakit,
Menuang bergayung-gayung hikmah
Pada awak yang papa kedana,
Aduhai nikmat muda sebalik tua,
Meluang bertempurung-tempurung hikmah
Pada awak yang fakir miskin
Aduhai nikmat sempat sebalik sempit,
Menghutang bersulung-sulung hikmah
Pada awak yang kecil kerdil
Serungsing-rungsing kandil akal
Tak menelantar pelantar budi
Sepusing-pusing fi’il menetal
Tak mengusal penghantar hati
Pada ujung lidah sepahit rasa,
Awak membilang-bilang Asma-ul Husna
Yang lebih sembilan puluh sembilan
Cairo, 17 Desember 2009
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home