Sajak 10: Awak Nak Terang Hati, Seterang Kota Nabi
Calon Penghuni Buku Kumpulan Sajak: Awak Thawaf, di Rumah-Mu
Sajak 10: Awak Nak Terang Hati, Seterang Kota Nabi
Ahmad David Kholilurrahman
Awak nak terang hati,
Seterang Kota Nabi
Yang likat di serambi
Yang sirat meragi,
Yang surat mengaji
Sediam mendekam unta Nabi
Di tanah si yatim; Sahal dan Suhail
Tegakkan tapak Masjid Nabawi,
Rasulullah memilih rumah Abu Ayyub al-Anshari
Tak pedan-pedan,
Awak menziarahi, bak sebutir zarah
Bermuhibah dalam titian lembar sirah
Awak nak terang hati,
Seterang Kota Nabi
Yang likat di serambi
Yang sirat meragi,
Yang surat mengaji
Sedamai Anshar, setunai Muhajirin
Yang terbuhul tali sehidup semati
Tunakkan jiwa dibawah tudung tauhid
Tanakkan cinta di madrasah lempung Masjid
Tak pedan-pedan,
Awak menziarahi, bak sebutir zarah
Bermuhibah dalam titian lembar sirah
Cairo, 19 Desember 2009
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home