Sajak 11: Awak Betul-betulkan Niat, Sebelum Susun Harakat
Calon Penghuni Kumpulan Sajak: Awak Thawaf, di Rumah-Mu
Sajak 11: Awak Betul-betulkan Niat, Sebelum Susun Harakat
Ahmad David Kholilurrahman
Awak betul-betul kan Niat,
Sebelum susun harakat,
Pada hati terikat,
Yang tak terjurai
Yang tak terjuntai
Yang tak termalai
Takut-takut nian,
Kalau salah lancung ke ujian
Awak betul-betulkan Niat,
Sebelum rengkuh raka’at,
Pada janji syahadat
Yang tak termuslihat
Yang tak tersiasat
Yang tak tersesat
Takut-takut nian,
Kalau pecah untung ke timbangan
Awak betul-betulkan Niat,
Sebelum simpuh sholat
Pada puji khalwat
Yang tak terperi
Yang tak tercari
Yang tak terberi
Takut-takut nian,
Kalau pisah murung ke titian
Cairo, 20 Desember 2009
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home